Wednesday, 26 December 2012

Additional Mathematics!


   Haa , Assalamualaikum semua :D korang nampak tak gambar di atas tu ? Tajuk Fungsi , Bab 1 ke entah apa dalam Subjek Add Maths! Fuhh , hebat :D Saya macam berminat sangat nak belajar subjek ni oleh kerana masuk kelas Sains *Kemungkinan tahun hadapan jadi saya kena bersiap sedia untuk menuju ke alam SPM .
 
   Kalau belajar betul-betul , Add Maths ni tak susah mana pun . Kalau ada usaha , belajar betul-betul , fokus, memang tak susah . Saya dah tinjau-tinjau bab 1 untuk subjek ni . Dah buat revision . Not bad , memuaskan hehe . Subjek ni seperti menarik perhatian saya dan saya mula suka kat dia . Tapi ramai orang kata , subjek ni sangat susah dan selalu gagal -______-" dan sana aku mula risau . Tak pa , mama kata "Di mana ada kemahuan , Di situ ada jalan" InsyaAllah saya boleh buat yang terbaik

  Kini saya berazam , untuk memperbaiki diri saya dari segi agama , akademik dan kehidupan seharian . Suatu hari nanti saya yakin saya boleh banggakan diri saya dan keluarga saya dan juga future Zaujah saya hehe . Ilalliqa

Syukran Jazilan kerana membaca

No comments:

Post a Comment