Showing posts with label StoryLife. Show all posts
Showing posts with label StoryLife. Show all posts

Monday, 30 December 2013

K R U P

 Eh ? Dah nak sampai ke penghujung tahun 2013 dan akan melabuhkan tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi . Terdetik sebentar untuk mengemas kini blog yang telah berbulan lamanya tidak dikemas kini . Berhabuk sikit! Hehehehe.Alhamdulillah sewaktu cuti ni tak la duduk di rumah sahaja , saya turut menyertai beberapa program kerohanian seperti usrah , rehlah , qiamullail perdana dan lain-lain lagi . Walhal sibuk dengan dunia tetapi akhirat tidak akan dilupakan . Alhamdulillah rasa bersyukur kerana Allah memilih saya untuk meyertai program-program tersebut . Program ni dianjurkan oleh Persatuan Siswazah Sabah - PSS dengan kerjasama Kelab Remaja Ukhuwwah Putatan - KRU Putatan. Saya akan selitkan sedikit sebanyak maklumat mengenai KRU Putatan ini :)


 Melahirkan Generasi muda bersahsiah unggul dan berakhlak mulia melalui pendekatan Islam di bahagian Daerah Putatan dengan usrah, aktiviti & program yang menarik."REMAJA HARI INI PEMIMPN MASA HADAPAN" Kalian boleh stay update di FB Fan page mereka: https://www.facebook.com/kruputatan
 Alhamdulillah selama bersama KRU Putatan saya tidak pernah rasa jemu malah rasa manis kerana terjalinnya persahabatan antara kami saudara sesama Islam .


 Bersama KRU Putatan dan beberapa ahli KRU Kota Kinabalu sempena Malam Cinta Rasul di Masjid Bandaraya . Turut serta Ahli AlMawlid (budak berbaju putih dalam gambar) ^_^


Bersama KRU Putatan sempena Usrah Bulanan di Jeti Kg.Dumpil,Putatan :-)


Bersama KRU Putatan sempena Qiamullail Perdana Disember 2013 dengan Temanya
"Sahabat Till Jannah"


Bersama KRU Putatan sempena Rehlah yang diadakan di Kg.Babagon,Penampang :-)


"Ukhuwwah ibarat perahu yang gagah. Jika kita kayuh perahu tersebut bersama , pasti kita mampu melawan aliran sungai ataupun tasik yang deras."


Bersama Pengerusi baru KRU Putatan 13/14 (Baju Kuning), sewaktu permainan perang-perang sempena Rehlah.

  Saya rasa bersyukur kerana Allah pertemukan saya dengan mereka. Jika saya tidak mengenali mereka , mungkin saya masih terus di landasan yang salah. Saya berasa bersyukur dan sangat-sangat gembira . Inilah yang dikatakan "Halawatul Iman" atau dalam Bahasa Melayunya ialah Kemanisan Iman. Salah satu cara untuk mendapatkan kemanisan adalah "Bertemu dan berpisah kerana Allah." Terdapat 7 golongan yang mendapat naungan Arasy Allah di Akhirat kelak dan salah satu daripadanya ialah  "Bertemu dan berpisah kerana Allah." Allahu , moga Allah kuatkan iman kita agar terus berdiri tegak di landasan dakwah yang kita hadapi ini :-)

- 30 Disember 13M / 27 Safar 1435H -

Syukran Jazilan kerana membaca

Saturday, 9 November 2013

Kembali lagi

   Rasanya dah lama Program Qiamullail Perdana ini tak diadakan, kan kan kan ? Hampir 3 bulan tak diadakan program macam ni heheheh. Kini Qiamullail Perdana kembali lagi . Kali ini Qiamullail Perdana akan diadakan di Masjid Daerah Putatan pada 16,17 November 2013! Program ini dianjurkan oleh Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) cawangan Putatan dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah . Antara aktiviti yang menarik yang diadakan pada program tersebut adalah:
  • Happy Circle
  • Modul Menarik
  • Qiamullail & Munajat
  • Cergas & Cerdas
  • Sembang Ilmiah
  Alhamdulillah program kali ini diadakan pada musim persekolahan . Jadi apa tunggu lagi? Segera daftarkan nama anda untuk menyertai kami disana . Tidak rugi datang majlis ilmu , disamping kita merapatkan ukhuwwah (persaudaraan) sesama saudara seagama. Jumpa anda di sana ya :)


 Oh ya , ada yuran hehehe . Yuran itu bertujuan untuk menaggung segala makan minum sahabat-sahabat semua . Murah je 5 hengget hehehe . Jom ^^


Syukran Jazilan kerana membaca

Sunday, 4 August 2013

Final level


Kini 27 Ramadhan 1434 Hijrah . Kemungkinan semalam Malam Lebih baik daripada 1000 bulan (Lailatul Qadar) , Wallahu'alam. Perasan di dalam diri ini kini bercampur baur apabila mendapat tahu kita telah berada di penghujung Shahru Ramadhan. Allahu....

Ya Ramadhan , maafkan aku jika aku mensia-siakan masaku bersamamu . Aku telah buat yang terbaik setakat apa yang aku mampu. Hanya kepadamu Ramadhan pahala berlipat ganda . Hanya kepadamu Ramadhan solat terawih berjemaah dilakukan pada setiap malam . Selepas ini kemanisan untuk berbuka puasa tidak dapat di rasai di shahru-shahru yang lain . Hanya berbuka puasa di shahru Ramadhan sahaja yang membuatkan aku rasa manis.

Ya Rabb , maafkan aku jika aku tidak menjaga tatasusila sewaktu di Shahru Ramadhan yang mulia ini. Aku telah sedaya upaya berusaha untuk mengawal nafsuku daripada jatuh ke lembah kemaksiatan. Selepas ini aku terpaksa kembali bertempur dengan Syaitan dan juga hawa nafsu sendiri . Hanya pada shahru Ramadhan, syaitan di belenggu. Istimewanya engkau wahai Ramadhan. Moga aku konsisten dan beristiqamah untuk berubah ke arah kebaikan bukan sahaja pada shahru Ramadhan juga pada shahru-shahru yang lain.

Ramadhan. Aku harap kita dapat bertemu dan juga bersua kembali pada tahun seterusnya . Aku juga berharap Ramadhan kali ini bukan Ramadhan yang terakhir untukku . InsyaAllah , kita akan bersama kembali pada tahun seterusnya,InsyaAllah.Allahumma Balighna Ramadhan

Istimewanya engkau Ramadhan , engkau melatih diri kami untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga juga melatih diri ini untuk menahan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya di lakukan. Bukan itu sahaja, kami juga dilatih untuk berjimat-cermat serta mengelakkan daripada sifat membazir .
Engkau pasti dirindui oleh orang-orang yang soleh wa solehah. 

Ramadhan , engkau begitu istimewa kerana hanya pada shahru Ramadhan terdapat malam yang begitu indah iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Lailatul Qadar nama diberi , turun Malaikat ke muka bumi. Begitu ramai manusia yang merebut malam itu untuk mendapat barakah daripada malam tersebut. Hebatnya kuasa-Mu Rabb

I'm gonna miss you...........

Ramadhan

Sincerly -Writer-


Syukran Jazilan kerana membaca

Saturday, 20 July 2013

Aku bercinta ?

  12 Ramadhan 1434H bersamaan 21 Julai 2013 hari Ahad , kini aku duduk di hadapan komputer untuk mengisi hobi kegemaran iaitu melayari internet . Sebenarnya tergerak hati aku nak tulis entri ni . Entah kenapa aku rasa aku perlu tulis entri ni . Hmm , bi idznillah.

Boleh dikatakan setiap hari , aku rindu seseorang yang tidak pasti bukan menjadi milik aku . Entah kenapa aku rindu semacam , lama tak nampak wajah orang tersebut . Adakah ini dinamakan Cinta ?

Kadang-kadang aku rasa gelisah dimana apa sahaja benda yang aku buat akan menjadi tidak betul . Rasa macam ada sesuatu yang pelik di dasar hati ini. Adakah ini dinamakan Cinta ?

Entah kenapa aku sangat serius kalau bercakap tentang bab ni . Serius

Bagi aku bercinta itu fitrah, tidak ada salahnya untuk bercinta tapi biarlah dengan cara yang berhemah ataupun dengan cara yang terkawal . Tapi bagaimana caranya ? Saling mendoakan sesama sendiri . Itulah cara bercinta yang bagus .

Aku nampak cinta bukanlah perkara yang asing bagi setiap remaja pada zaman sekarang . Masing-masing sibuk pos di Facebook "Oh I rindu kat you lah" , "Hmm malam ni calling with my dear" dengan siap tag nama facebook kekasih . Sayangnya , maruah begitu murah dilaman sosial . Aku mengaku , aku pun dulu seperti begitu namun aku sedar itu bukanlah cara yang terbaik untuk bercinta jadi aku pun buat keputusan untuk tinggalkan sikap sedemikian .

Trend terkini remaja , tidak lain dan tidak asing "Couple" . Bila pasal couple , boleh dikatakan kebanyakan remaja semuanya ada couple termasuk saya . Eh , tak itu dulu sewaktu berada di zaman kegelapan . Kini aku sedar , couple bukanlah perkara yang membawa kepada kebaikan . Naqib usrah aku kata

"Dalam couple , tiada istilah jujur. Semuanya TIPU" - Naqib

Kalau betul suka dengan seseorang , couple bukanlah jalan yang terbaik . Kalau diri tu rasa dah matang , pergi jumpa keluarga si dia kemudian nyatakan hasrat anda . Bagi aku , itu lagi manis.

"Jika Cinta, kita ingin membawa dia ke Syurga-Nya" - Hilal Asyraf (Sebelum Aku Bernikah)

Ya , memang betul kata abang Hilal Asyraf . Jika benar cinta , kita mesti membawa dia ke Syurga-Nya bukan ke Neraka-Nya . Aku rasa , Nikah di usia muda ini bagus untuk sesetengah orang yang benar-benar tidak dapat kawal dalam dunia percintaan. Kadang-kadang orang kata nikah di usia muda ini gatal lah , masih awal lah apa lah bla bla bla . Memang benar , masih awal . Aku setuju apa yang diorang cakap TAPI adakah dengan cara bercouple dapat menyelesaikan masalah ini ? Tidak .

Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 32 yang bermaksud:

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." - [24:32]

Jadi kembali ke topik asal , adakah aku bercinta ? Mungkin.

Rindu seseorang itu fitrah dan mencintai seseorang itu pun juga fitrah dalam kehidupan . Jadi tak salah lah kan aku mencintai seseorang ? Tidak selagi mana ia digunakan dengan betul . Entah, aku hanya mampu mendoakan orang yang aku cinta itu berada dalam keadaan sihat walafiat kerana Doa sahajalah cara yang terbaik untuk kita berhubung walaupun kadang-kadang gatal hati untuk chat dengan dia .Nak nyatakan hasrat untuk bernikah di usia muda dengan keluarga sudah . Jadi apa respon mama dengan apa yang aku katakan ?

"Duit kahwin duit sendiri , kami hanya boleh memberikan kamu sekolah" - Mama

Aku tak melenting dengan jawapan mama tu . Ada betulnya apa yang mama cakap , memang aku setuju . Tapi aku rasa mama tidak menghalang keinginan aku tu . Bagi akulah , nikah di usia muda ini bertujuan untuk menjaga kehormatana diri dan juga maruah aku . Aku akan rasa malu jika bercouple . Nanti makcik,pakcik,sepupu,jiran dan sewaktu dengannya nampak aku keluar dengan perempuan ajnabi , apa aku nak kata dekat mereka ? Kawan ? Mereka tidak akan mudah tertipu. Jadi ada baiknya aku nikah khitbah (nikah gantung) dahulu , yang lainnya majlis-majlis kahwin apa segala tunggulah 2,3 tahun kemudian . Aku rasa itu lebih baik kerana ikatan sudah Sah jika nikah tapi mungkin berat sikit sebab jika si Isteri meminta sesuatu tapi Suami tidak melayan dengan baik boleh menyebabkan si Suami tersebut berdosa .

Mungkin lepas ni aku akan lebih bertanggungjawab . Mungkin , insyaAllah . Jika perkara ini membuatkan diri aku dekat kepada Allah , aku sedia untuk menempuhi dengan sepenuh hati .

Jadi buat masa ni , lebih baik aku kawal perasaan ini dengan doa . Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya .

Kepada bakal zawajati yang sedang membaca entri ini , mesti engkau tersenyum keseorangan kan ? Ceh


Syukran Jazilan kerana membaca

Friday, 12 July 2013

Indahnya Ukhuwwah Fillah

Disebabkan nilainya,emas dijaga dan dipelihara dengan bersungguh-sungguh. Begitulah sepatutnya persaudaraan.

Ukhuwwah Fillah itu agung dan mahal harganya. Maka kita hendaklah sentiasa menjaga dan berusaha sepenuhnya agar anugerah dan tuntutan Allah itu sentiasa terpelihara dalam kehidupan. Mudah-mudahan rohnya menjalar dalam tindak tanduk sehari-hari setiap Muslim.
Gambar sekadar hiasan

Hanya Kerana Cinta
  Dikisahkan berlaku satu dialog antara seorang manusia dengan Malaikat yang bertukar rupa kepada seorang lelaki.Malaikat bertanya: "Kamu hendak ke mana?"
Lelaki tersebut menjawab: "Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini."
  "Kamu ada sebarang hajat atau kepentingan?"
"Tidak. Hanya kerana aku mencintainya kerana Allah."
  Kemudian malaikat berkata: "Sesungguhnya aku utusan yang diutuskan Allah kepadamu untuk menyatakanbahawa Allah menyayangimu sebagaimana kamu mencintai sahabatmu kerana-Nya" (Riwayat Muslim)
Rasulullah menegaskan: "Janganlah kamu saling berdengki,menipu,memarahi dan memutuskan hubungan. Dan janganlah kamu menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain.Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim ialah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya,mengabaikannya,menipu mahupun menghinanya. Takwa itu di sini (sambil menunjuk ke dada Baginda sebanyak tiga kali).Cukuplah seorang Muslim dikira jelik dengan menghina saudara Muslimnya. Sesama Muslim itu haram darah,harta dan maruahnya" (Riwayat Muslim)

Jihad Mengembalikan Ukhuwwah
Menghidupkan roh mahabbah dalam jiwa umat pada hari ini merupakan satu kefarduan.Hal ini memandangkan ukhuwwah semakin luntur daripada diri masyarakat Islam kini. Realiti ini hakikatnya musibah. Peluang ke syurga semakin mengecil.
Rasulullah menjelaskan: "Demi jiwa dalam kekuasaan-Nya,kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Kamu tidak dikira benar-benar beriman sehingga kamu berkasih sayang .Mahukah kamu aku tunjukkan satu amalan yang jika kamu amalkannya,maka kamu akan berkasih sayang? Sebarkan salam antara kamu." (Riwayat Muslim)
Ucapkanlah salam kepada saudara kita seikhlas dan setulus perasaan. Bukan sekadar seperti melepaskan batok ditangga sahaja. Barulah perasaan ukhuwwah dan kasih sayang subur dan tersebar.





Syukran Jazilan kerana membaca

Sunday, 5 May 2013

Perkara yang selalu bermain di minda

 So hey all , Assalamualaikum wbt! Happy voting everyone! I hope you all will choose the new right LEADER for Malaysia! Takbir,Allahuakbar! Ini kalilah :)

 So I was shocked jugalah , secara tiba-tiba Mama tanya pasal "girlfriends" , lol . Saya tidak hairan tu sebenarnya tapi mama jarang bertanyakan soalan tentang girlfriend segala ni . Hmm , tanda tanya berada di minda buat seketika.... Apa yang membuatkan mama tanya tentang girlfriend adalah berpunca daripada wallpaper telefon saya yang bergambarkan bayi . Kemudian mama pun berkata...

Mama : Gambar baby siapa lagi ni dalam telefon Amin ni ?

Saya : Hahh , baby orang ba tu ma,hehehehe *ketawa sopan*

Mama : Fikirkan baby girlfriend Amin *mama tergelak sinis*

Saya : Eh ? Nda adalah ma , Amin mana ada girlfriend lagi .

Mama : Aik ? Nda ada girlfriend ? Kenapa ? Yang dulu tu ?

Saya : Tiadalah ma , malas Amin hahaha

Mama : *Terhibur dengan kata2* oh , baguslah tu . Ngamlah , belajar dulu kan ?

Saya   : Ya ma hehe , nanti Amin cari di Mesir lah girlfriend ni , yang satu negara dengan Amin *:p

Mama : Wah , Mesir ? Okeylah tu , jangan ja cari perempuan Palestin *terkejut sedikit*

Saya   : Kenapa ma ? *Tiada respon , lalu mama pun pergi kedapur menyediakan sarapan*

   Mama juga sering bertanyakan soalan kepada saya "Kau mau kahwin min ?"
Apabila mama mengajukan soalan itu kepada saya , hati saya terus berbunga-bunga . Lantar saya pun menjawab "ya ma , tunggulah nanti waktu di Mesir , Amin mau kahwin di sana" Hahaha malar Mesir , biasalah *Angan-angan tinggi*

   Sebenarnya , saya teringin nak kahwin di usia MUDA , mungkin umur dan duit jadi penghalang kerana saya takut saya tak dapat nak biayai future Zaujah saya . Tapi saya nekad saya tak nak bercouple , boleh bercouple tapi lafaz akad Nikah itu wajib dilafazkan terlebih dahulu barulah saya bercouple dengan officialnya . Ini kerana saya sudah nekad , kerana Couple tidak akan membawa kepada kebahagiaan . Saya tahu jalan penyelesaiannya adalah dengan bernikah dengan bakal Zaujah . Dengan petunjuk dan hidayah yang Allah berikan , saya harap saya boleh berusaha tentang jodoh saya insyaAllah .

   Melihat pasangan-pasangan di Twitter yang sudah bernikah/berkahwin membuatkan saya rasa sedikit cemburu *ha ha ha* dahlah sweet , nak buat apa-apa pun konfim dapat pahala , betul tak ? Kerana yang haram itu telah menjadi Halal .Serius , geram tengok haha lagi-lagi yang dah ada Baby tu . Ahhh! Beruntunglah mereka . InsyaAllah , satu hari nanti saya bakal nikah di usia yang muda sama seperti mereka . Dengan cara ini , masalah saya mungkin akan selesai ,Wallahualam :)

Syukran Jazilan kerana membaca

Saturday, 9 February 2013

Impian ke Mesir

                                             بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
                                      اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


        Kini aku kembali untuk mencoret blog yang semakin usang ini . Alhamdulillah , dapat bercuti dirumah sempena perayaan Tahun Baru Cina . Gong Xi Fa Cai kepada kaum Cina diluar sana dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang mendapat cuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina . Kepada sekolah yang bercuti sampai hari selasa tu , La Tahzan hehe .

        Aku mempunyai impian yang begitu tinggi . Salah satunya aku ingin melanjutkan pelajaranku ke Kaherah,Mesir iaitu ke Universiti Al-Azhar . Mesir , bumi Nabi Musa A.s tempat para ulama dan sebagainya . Tempat dimana aku bakal menaik tarafkan lagi penguasaan Bahasa Arab . Memang aku telah set di minda awal-awal untuk ke sana suatu hari nanti , insyaAllah . Aku cuba sedaya upaya untuk belajar bersungguh-sungguh agar boleh melanjutkan pelajaran ke sana . Mungkin naluri seorang pelajar yang sukakan Agama dan Bahasa Arab akan ke Universiti tersebut .

        Kebiasannya pelajar yang ke sini menyambung pelajaran mereka sehingga ke Tingkatan 6 ataupun menyambung bahagian Qiraat jika sebelum ini menyambung pelajaran ke Maahad Tahfiz Al-Quran . Aku pun telah setkan di minda , Selepas SPM, Aku bakal sambung pelajaran ke Maahad Tahfiz kemudian ke Al-Azhar . Tapi aku tak mengharapkan sangat . Semuanya bergantung kepada usaha aku sendiri . Dengan berkat usaha,doa dan tawakal aku pasti ke sana insyaAllah .



Masjid Al-Azhar,Kaherah,Mesir.

Logo Universiti Al-Azhar,Mesir

Syukran Jazilan kerana membaca

Tuesday, 5 February 2013

Nafsu dan aku

                                                بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
                                          اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    Nafsu . Mengapa nafsu sangat besar ? Mengapa kita boleh tewas pada nafsu ? Mengapa wahai sahabat-sahabatku ? Mengapakah ? Apabila nafsu dan syaitan telah bergabung , maka susahlah bagi kita untuk menghalangnya kecuali mereka yang kental keIMANannya .Aku jujur , aku juga mudah tewas dengan hawa nafsuku sendiri . Besarnya tanggungjawab kita untuk melawan hawa nafsu yang serakah ini sebagai seorang manusia . Hanya orang yang kental keimanannya sahaja yang dapat tewaskan hawa nafsu sendiri . 

     Bila difikirkan semula , kerdil sahaja diri kita ini di muka Allah SubhanahuWaTa'ala . Ya Allah , kenapa aku mudah tewas dengan nafsu . Aku memohon agar Iman ku ditetapkan di paras yang tinggi tetapi aku tewas sewaktu menghadapi ujian-Mu Ya Rabbul Izzati . Aku telah dihasut oleh Syaitan dan bergabung dengan nafsu . Seolah-olah aku dikawal dengan keseronokan yang melalaikan daripada mengingati-Mu . 


      Aku hanya mampu berdoa , doa dan teruskan berdoa agar keimananku dikekalkan tetapi aku haruslah
menghadapi ujianNya yang boleh meningkatkan keimananku . Mungkin dengan cara mendekati-Mu aku boleh melawan nafsu yang begitu menggoda diriku sehinggakan aku lalai dan alpa daripada mengingatimu wahai Rabbul Izzati :')
     

Syukran Jazilan kerana membaca

Wednesday, 23 January 2013

Hari Ini

 Salam Maulidur Rasul kepada semuanya . Alhamdulillah , Rasulullah tetap menjadi idola kita . Baginda merupakan contoh yang terbaik buat umat akhir zaman . Kita haruslah mengamalkan sunnahnya dan berselawat kepadanya . Tak rugi pun selawat ni , ada baiknya . Allah akan balas 10 kali jika kita berselawat sekali . Allahuakhbar , hebatnya berselawat :')


Alhamdulillah juga , akhirnya saya telah memiliki buku yang saya idamkan selama ini yang bertajuk "Sebelum Aku Bernikah" karya Hilal Asyraf . Tajuk dah menarik , isi di dalam lagi la menarik hehe . Best , panduan kepada orang yang ingin bernikah . Novel (mungkin) tersebut mengisahkan perjalanan Hilal Asyraf  yang mengalami alam percintaan . Ala , tak nak gitau lebih nanti tak best :d kalau nak tahu lebih lanjut beli la sendiri hehe . Semenanjung Malaysia hanya RM20.00 tapi di Sabah/Sarawak hanya RM23.00


Berusaha Mencapai Mampu "Sebelum Aku Bernikah" - Karya Hilal Asyraf



Syukran Jazilan kerana membaca

Friday, 11 January 2013

Not Bad , Alhamdulillah

  Alhamdulillah , 4 hari sudah berada di sekolah baru (SMK Tansau) Well , not bad at all . Kawan-kawan dalam kelas pun baik2 belaka hehe . Perempuan kat dalam kelas tu pun Alim nya boleh tahan sehinggakan mengugat iman . Cewahhh melebih pulok haha . Tapi kalau berada disana serius kena "RAJIN" dan tidak boleh mengalah . Kerja sekolah yang diberi pun boleh tahan , sampai tak siap-siap . Hok alo banyak sangat , mungkin mengambil masa yang agak lama . Waktu pulang sekolah pun boleh tahan juga , sebelum ni kalau berada di Sanzac paling lewat pun pulang jam 1.30 tapi kalau berada di Tansau ? Perghhh paling lewat pun balik jam 4.45 paling awal jam 3.00 ! Hebat tak ? Well , sekolah tu memang bagus cuma ada di kalangan pelajar2 tertentu perlu diubah perangainya :)

Syukran Jazilan kerana membaca

Sunday, 6 January 2013

Ilalliqa Sanzac . Ahlan Wasahlan Tansau

   Now , I'm officially be one of the Tansau student.  Oh , I feel sad , unhappy because I'm leaving my friends at Sanzac :( Miss you guys a lot! I'm happy because now I can study for Bahasa Arab Tinggi + Pendidikan Al-Quran dan Sunnah and Pendidikan Syariah Islamiah . Hello new three subject :) uh , I heard this school start their pnp untill evening so I must not giving up too early haha . Well , I'm sure I will meet a new friends , teachers and so on .

  I'm also leaving my position in Seni Foto Club of Sanzac . Ughh , nevermind . Hope there's also have a Seni Foto Club there at Tansau . I really love "Bahasa Arab" and I don't know why . I really want to go Al-Azhar University someday , insyaAllah . That's why I'm leaving Sanzac , if not I will stay there untill form 5 seriously . But , that's my choice . Choose Tansau than Sanzac . Ma'assalamah Sanzac , I will miss you haha :'D

-GOODBYE FRIENDs,TEACHERs and SCHOOL at SANZAC :'( -

Syukran Jazilan kerana membaca

Wednesday, 26 December 2012

Additional Mathematics!


   Haa , Assalamualaikum semua :D korang nampak tak gambar di atas tu ? Tajuk Fungsi , Bab 1 ke entah apa dalam Subjek Add Maths! Fuhh , hebat :D Saya macam berminat sangat nak belajar subjek ni oleh kerana masuk kelas Sains *Kemungkinan tahun hadapan jadi saya kena bersiap sedia untuk menuju ke alam SPM .
 
   Kalau belajar betul-betul , Add Maths ni tak susah mana pun . Kalau ada usaha , belajar betul-betul , fokus, memang tak susah . Saya dah tinjau-tinjau bab 1 untuk subjek ni . Dah buat revision . Not bad , memuaskan hehe . Subjek ni seperti menarik perhatian saya dan saya mula suka kat dia . Tapi ramai orang kata , subjek ni sangat susah dan selalu gagal -______-" dan sana aku mula risau . Tak pa , mama kata "Di mana ada kemahuan , Di situ ada jalan" InsyaAllah saya boleh buat yang terbaik

  Kini saya berazam , untuk memperbaiki diri saya dari segi agama , akademik dan kehidupan seharian . Suatu hari nanti saya yakin saya boleh banggakan diri saya dan keluarga saya dan juga future Zaujah saya hehe . Ilalliqa

Syukran Jazilan kerana membaca

Friday, 21 December 2012

What kind of people does Allah love ?





Syukran Jazilan kerana membaca

Thursday, 20 December 2012

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah . I'm praise to Allah because get a good result for my PMR :'D

BM - A
BI   - B
M3  - B
SN  - C
SEJ - B
GEO - C
KH-KT - B
PI      - A
BA    - B

Rasa sedih dan agak kecewa sedikit kerana tak dapat A dalam Bahasa Arab . Tak mengapa , InsyaAllah SPM boleh A B.Arab Tinggi :')

Rasa gembira jugalah . Tak sangka Maths dan Sejarah saya boleh dapat B haha . Serius dan jujur , selama ni saya hanya dapat D utk dua subjek tersebut . Saya berterima kasih kepada Allah kerana telah memberi keputusan yang terbaik buat saya . Alhamdulillah :D

Rasanya ingin meneruskan B.Arab tinggi dan ambil aliran Sains tulen (Science Stream) . Hehe
Dah beli awal2 dah buku "Add Maths" untuk permulaan . Cuba nak kuasai subjek tersebut even ramai kata susah . Tak mustahil jadi senang kalau kita fokus dan belajar betul2 kan ? Ilalliqa :)

Syukran Jazilan kerana membaca

Monday, 17 December 2012

Dear Future Zaujah

Dear Future Zaujah ,

   I promise I will bring you to Jannah , I will take care of you if you're mine . I don't care what people said , just ignore them. I wanna marry you because of your good attitude , religion and your cute face haha .

   Oh future zaujah , kau telah menawan hatiku dan satu-satunya cara untuk kau jadi milikku dengan bernikah . InsyaAllah , satu hari nanti saya akan menikahi awak . Saya tidak peduli orang kata , Kahwin awal ni teruk atau apa asalkan kita telah HALAL bersama :')

   Awak , awak oh awak . Kalau memang kita dah ditakdirkan bersama , saya akan sentiasa menyayangi awak tidak kira bagaimana caranya . Wahai pemilik tulang rusuk ku , aku tunggu kedatanganmu :')




Syukran Jazilan kerana membaca

Saturday, 15 December 2012

Tahun Baru , Sekolah Baru ? :(

Bismillahirrahmanirrahim. . . . .

  Ahlan wasahlan semua , lama tak update blog hehe . Hmm , tak lama lagi nak buka sekolah dah balik . Ya Allah , cepatnya masa berlalu . Rasa sekejap je tinggal kat dunia ni . Akhir zaman , maklumlah . Dah macam-macam bencana yang berlaku pada masa kini . Ya Allah , redha je lah apa yang aku dapat sewaktu keputusan PMR nanti . Tawakal yang penting tapi jangan berhenti berdoa dan jangan berhenti berharap kepada Allah . Bersangka baik , mungkin Allah telah merancang yang lebih baik untuk kita . Wallahualam :')

  Aku pun belum tahu lagi nak sekolah kat mana tahun hadapan , sekarang nih aku cuba cari kawan yang ingin meneruskan perjuangan untuk menyambung B.Arab kepada Bahasa Arab TINGGI sebab kalau kawan baru susah sikit nak rapat , maklumlah "BARU" susah la hehe . Dah la baru , mesti tak biasa dan sebagainya . Mungkin tahun hadapan akan ke "SMAKK",SMK Tansau, ataupun Maktab SABAH" . Kalau tak pun pergi kat SMA Tun Datu Mustapha kat Limauan sana tu . Ada juga kawan si Musadiq hehe .

  Kini debaran PMR kian terasa kembali . Kurang daripada 4 hari sahaja lagi untuk menerima keputusan PMR . Ya Allah , b'debar sungguh rasa hatiku ini , gerun dan sebagainya . Tak mustahil Allah boleh bagi kita yang terbaik . Kan kan kan ? Yang penting jangan mudah mengalah :')

Ilalliqa




Syukran Jazilan kerana membaca

Tuesday, 11 December 2012

Keajaiban


Ingatlah , Allah itu Maha Berkuasa . Jangan sesekali meragui dengan kekuasan-Nya . Berbaik sangkalah kepada Allah . Sesungguhnya Allah tahu yang terbaik untuk kita . Minta dan mohonlah kepada-Nya . Ya Allah , detik PMR kian terasa kembali :') 

19.12.2012 - Keputusan PMR 2012 KELUAR :'(

Bismillahirrahmanirrahim . Apa yang aku dapat , aku terima segalanya , InsyaAllah :')


Syukran Jazilan kerana membaca

Monday, 19 November 2012

Niat kerana Allah

Semua perkara yang kita lakukan biarlah berdasarkan niat . Niat kepada Allah. LillahiTa'ala. InsyaAllah Allah sentiasa ada bersama kita.




Syukran Jazilan kerana membaca

Selitkan dalam doa anda . Jom! LillahiTa'ala

"Rabbi yassir wala tu 'assir rabbi tammim bil khoir"

"Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulit ya Allah sempurnakan dengan kebaikan"



Syukran Jazilan kerana membaca

Wednesday, 14 November 2012

Save GAZA,Save PALESTINE! ALLAHUAKBAR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum semua . Semalam , gempar berita tentang kesyahidan Pejuang Hamas Ahmed Al-Jabari disebabkan serangan roket dari tentera Israel Laknatullah ! Ya Allah , bilakah ini semua akan berakhir ? Bilakah Palestine,GAZA mendapat kebebasan dan kedamaian ? Ya Allah selamatkanlah mereka , selamatkanlah mereka daripada keganasan dan kecelekaan ini.




Pada sahabat-sahabat semua jom sama-sama mendoakan mereka yang berada di Gaza,Palestin agar mereka akan Selamat . Tidak kira bila masanya bantuan akan tiba akan datang dari Allah tugas kita hanya berdoa. Amin Ya Allah,selamatkanlah saudara-saudara kami yang berada di Palestin, mereka telah berhabis-habisan berjuang untuk negara mereka yang telah di rampas oleh Israel Laknatullah! Laknat Israel! Semoga Israel jatuh dan terima azab dari Allah !


Sesungguhnya , DOA merupakan senjata umat ISLAM :') 


Syukran Jazilan kerana membaca