Sunday 4 August 2013

Final level


Kini 27 Ramadhan 1434 Hijrah . Kemungkinan semalam Malam Lebih baik daripada 1000 bulan (Lailatul Qadar) , Wallahu'alam. Perasan di dalam diri ini kini bercampur baur apabila mendapat tahu kita telah berada di penghujung Shahru Ramadhan. Allahu....

Ya Ramadhan , maafkan aku jika aku mensia-siakan masaku bersamamu . Aku telah buat yang terbaik setakat apa yang aku mampu. Hanya kepadamu Ramadhan pahala berlipat ganda . Hanya kepadamu Ramadhan solat terawih berjemaah dilakukan pada setiap malam . Selepas ini kemanisan untuk berbuka puasa tidak dapat di rasai di shahru-shahru yang lain . Hanya berbuka puasa di shahru Ramadhan sahaja yang membuatkan aku rasa manis.

Ya Rabb , maafkan aku jika aku tidak menjaga tatasusila sewaktu di Shahru Ramadhan yang mulia ini. Aku telah sedaya upaya berusaha untuk mengawal nafsuku daripada jatuh ke lembah kemaksiatan. Selepas ini aku terpaksa kembali bertempur dengan Syaitan dan juga hawa nafsu sendiri . Hanya pada shahru Ramadhan, syaitan di belenggu. Istimewanya engkau wahai Ramadhan. Moga aku konsisten dan beristiqamah untuk berubah ke arah kebaikan bukan sahaja pada shahru Ramadhan juga pada shahru-shahru yang lain.

Ramadhan. Aku harap kita dapat bertemu dan juga bersua kembali pada tahun seterusnya . Aku juga berharap Ramadhan kali ini bukan Ramadhan yang terakhir untukku . InsyaAllah , kita akan bersama kembali pada tahun seterusnya,InsyaAllah.Allahumma Balighna Ramadhan

Istimewanya engkau Ramadhan , engkau melatih diri kami untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga juga melatih diri ini untuk menahan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya di lakukan. Bukan itu sahaja, kami juga dilatih untuk berjimat-cermat serta mengelakkan daripada sifat membazir .
Engkau pasti dirindui oleh orang-orang yang soleh wa solehah. 

Ramadhan , engkau begitu istimewa kerana hanya pada shahru Ramadhan terdapat malam yang begitu indah iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Lailatul Qadar nama diberi , turun Malaikat ke muka bumi. Begitu ramai manusia yang merebut malam itu untuk mendapat barakah daripada malam tersebut. Hebatnya kuasa-Mu Rabb

I'm gonna miss you...........

Ramadhan

Sincerly -Writer-


Syukran Jazilan kerana membaca

No comments:

Post a Comment