Saturday 20 July 2013

Aku bercinta ?

  12 Ramadhan 1434H bersamaan 21 Julai 2013 hari Ahad , kini aku duduk di hadapan komputer untuk mengisi hobi kegemaran iaitu melayari internet . Sebenarnya tergerak hati aku nak tulis entri ni . Entah kenapa aku rasa aku perlu tulis entri ni . Hmm , bi idznillah.

Boleh dikatakan setiap hari , aku rindu seseorang yang tidak pasti bukan menjadi milik aku . Entah kenapa aku rindu semacam , lama tak nampak wajah orang tersebut . Adakah ini dinamakan Cinta ?

Kadang-kadang aku rasa gelisah dimana apa sahaja benda yang aku buat akan menjadi tidak betul . Rasa macam ada sesuatu yang pelik di dasar hati ini. Adakah ini dinamakan Cinta ?

Entah kenapa aku sangat serius kalau bercakap tentang bab ni . Serius

Bagi aku bercinta itu fitrah, tidak ada salahnya untuk bercinta tapi biarlah dengan cara yang berhemah ataupun dengan cara yang terkawal . Tapi bagaimana caranya ? Saling mendoakan sesama sendiri . Itulah cara bercinta yang bagus .

Aku nampak cinta bukanlah perkara yang asing bagi setiap remaja pada zaman sekarang . Masing-masing sibuk pos di Facebook "Oh I rindu kat you lah" , "Hmm malam ni calling with my dear" dengan siap tag nama facebook kekasih . Sayangnya , maruah begitu murah dilaman sosial . Aku mengaku , aku pun dulu seperti begitu namun aku sedar itu bukanlah cara yang terbaik untuk bercinta jadi aku pun buat keputusan untuk tinggalkan sikap sedemikian .

Trend terkini remaja , tidak lain dan tidak asing "Couple" . Bila pasal couple , boleh dikatakan kebanyakan remaja semuanya ada couple termasuk saya . Eh , tak itu dulu sewaktu berada di zaman kegelapan . Kini aku sedar , couple bukanlah perkara yang membawa kepada kebaikan . Naqib usrah aku kata

"Dalam couple , tiada istilah jujur. Semuanya TIPU" - Naqib

Kalau betul suka dengan seseorang , couple bukanlah jalan yang terbaik . Kalau diri tu rasa dah matang , pergi jumpa keluarga si dia kemudian nyatakan hasrat anda . Bagi aku , itu lagi manis.

"Jika Cinta, kita ingin membawa dia ke Syurga-Nya" - Hilal Asyraf (Sebelum Aku Bernikah)

Ya , memang betul kata abang Hilal Asyraf . Jika benar cinta , kita mesti membawa dia ke Syurga-Nya bukan ke Neraka-Nya . Aku rasa , Nikah di usia muda ini bagus untuk sesetengah orang yang benar-benar tidak dapat kawal dalam dunia percintaan. Kadang-kadang orang kata nikah di usia muda ini gatal lah , masih awal lah apa lah bla bla bla . Memang benar , masih awal . Aku setuju apa yang diorang cakap TAPI adakah dengan cara bercouple dapat menyelesaikan masalah ini ? Tidak .

Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 32 yang bermaksud:

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." - [24:32]

Jadi kembali ke topik asal , adakah aku bercinta ? Mungkin.

Rindu seseorang itu fitrah dan mencintai seseorang itu pun juga fitrah dalam kehidupan . Jadi tak salah lah kan aku mencintai seseorang ? Tidak selagi mana ia digunakan dengan betul . Entah, aku hanya mampu mendoakan orang yang aku cinta itu berada dalam keadaan sihat walafiat kerana Doa sahajalah cara yang terbaik untuk kita berhubung walaupun kadang-kadang gatal hati untuk chat dengan dia .Nak nyatakan hasrat untuk bernikah di usia muda dengan keluarga sudah . Jadi apa respon mama dengan apa yang aku katakan ?

"Duit kahwin duit sendiri , kami hanya boleh memberikan kamu sekolah" - Mama

Aku tak melenting dengan jawapan mama tu . Ada betulnya apa yang mama cakap , memang aku setuju . Tapi aku rasa mama tidak menghalang keinginan aku tu . Bagi akulah , nikah di usia muda ini bertujuan untuk menjaga kehormatana diri dan juga maruah aku . Aku akan rasa malu jika bercouple . Nanti makcik,pakcik,sepupu,jiran dan sewaktu dengannya nampak aku keluar dengan perempuan ajnabi , apa aku nak kata dekat mereka ? Kawan ? Mereka tidak akan mudah tertipu. Jadi ada baiknya aku nikah khitbah (nikah gantung) dahulu , yang lainnya majlis-majlis kahwin apa segala tunggulah 2,3 tahun kemudian . Aku rasa itu lebih baik kerana ikatan sudah Sah jika nikah tapi mungkin berat sikit sebab jika si Isteri meminta sesuatu tapi Suami tidak melayan dengan baik boleh menyebabkan si Suami tersebut berdosa .

Mungkin lepas ni aku akan lebih bertanggungjawab . Mungkin , insyaAllah . Jika perkara ini membuatkan diri aku dekat kepada Allah , aku sedia untuk menempuhi dengan sepenuh hati .

Jadi buat masa ni , lebih baik aku kawal perasaan ini dengan doa . Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya .

Kepada bakal zawajati yang sedang membaca entri ini , mesti engkau tersenyum keseorangan kan ? Ceh


Syukran Jazilan kerana membaca

No comments:

Post a Comment