Friday 12 July 2013

Indahnya Ukhuwwah Fillah

Disebabkan nilainya,emas dijaga dan dipelihara dengan bersungguh-sungguh. Begitulah sepatutnya persaudaraan.

Ukhuwwah Fillah itu agung dan mahal harganya. Maka kita hendaklah sentiasa menjaga dan berusaha sepenuhnya agar anugerah dan tuntutan Allah itu sentiasa terpelihara dalam kehidupan. Mudah-mudahan rohnya menjalar dalam tindak tanduk sehari-hari setiap Muslim.
Gambar sekadar hiasan

Hanya Kerana Cinta
  Dikisahkan berlaku satu dialog antara seorang manusia dengan Malaikat yang bertukar rupa kepada seorang lelaki.Malaikat bertanya: "Kamu hendak ke mana?"
Lelaki tersebut menjawab: "Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini."
  "Kamu ada sebarang hajat atau kepentingan?"
"Tidak. Hanya kerana aku mencintainya kerana Allah."
  Kemudian malaikat berkata: "Sesungguhnya aku utusan yang diutuskan Allah kepadamu untuk menyatakanbahawa Allah menyayangimu sebagaimana kamu mencintai sahabatmu kerana-Nya" (Riwayat Muslim)
Rasulullah menegaskan: "Janganlah kamu saling berdengki,menipu,memarahi dan memutuskan hubungan. Dan janganlah kamu menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain.Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim ialah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya,mengabaikannya,menipu mahupun menghinanya. Takwa itu di sini (sambil menunjuk ke dada Baginda sebanyak tiga kali).Cukuplah seorang Muslim dikira jelik dengan menghina saudara Muslimnya. Sesama Muslim itu haram darah,harta dan maruahnya" (Riwayat Muslim)

Jihad Mengembalikan Ukhuwwah
Menghidupkan roh mahabbah dalam jiwa umat pada hari ini merupakan satu kefarduan.Hal ini memandangkan ukhuwwah semakin luntur daripada diri masyarakat Islam kini. Realiti ini hakikatnya musibah. Peluang ke syurga semakin mengecil.
Rasulullah menjelaskan: "Demi jiwa dalam kekuasaan-Nya,kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Kamu tidak dikira benar-benar beriman sehingga kamu berkasih sayang .Mahukah kamu aku tunjukkan satu amalan yang jika kamu amalkannya,maka kamu akan berkasih sayang? Sebarkan salam antara kamu." (Riwayat Muslim)
Ucapkanlah salam kepada saudara kita seikhlas dan setulus perasaan. Bukan sekadar seperti melepaskan batok ditangga sahaja. Barulah perasaan ukhuwwah dan kasih sayang subur dan tersebar.





Syukran Jazilan kerana membaca

No comments:

Post a Comment