Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Monday, 30 December 2013

K R U P

 Eh ? Dah nak sampai ke penghujung tahun 2013 dan akan melabuhkan tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi . Terdetik sebentar untuk mengemas kini blog yang telah berbulan lamanya tidak dikemas kini . Berhabuk sikit! Hehehehe.Alhamdulillah sewaktu cuti ni tak la duduk di rumah sahaja , saya turut menyertai beberapa program kerohanian seperti usrah , rehlah , qiamullail perdana dan lain-lain lagi . Walhal sibuk dengan dunia tetapi akhirat tidak akan dilupakan . Alhamdulillah rasa bersyukur kerana Allah memilih saya untuk meyertai program-program tersebut . Program ni dianjurkan oleh Persatuan Siswazah Sabah - PSS dengan kerjasama Kelab Remaja Ukhuwwah Putatan - KRU Putatan. Saya akan selitkan sedikit sebanyak maklumat mengenai KRU Putatan ini :)


 Melahirkan Generasi muda bersahsiah unggul dan berakhlak mulia melalui pendekatan Islam di bahagian Daerah Putatan dengan usrah, aktiviti & program yang menarik."REMAJA HARI INI PEMIMPN MASA HADAPAN" Kalian boleh stay update di FB Fan page mereka: https://www.facebook.com/kruputatan
 Alhamdulillah selama bersama KRU Putatan saya tidak pernah rasa jemu malah rasa manis kerana terjalinnya persahabatan antara kami saudara sesama Islam .


 Bersama KRU Putatan dan beberapa ahli KRU Kota Kinabalu sempena Malam Cinta Rasul di Masjid Bandaraya . Turut serta Ahli AlMawlid (budak berbaju putih dalam gambar) ^_^


Bersama KRU Putatan sempena Usrah Bulanan di Jeti Kg.Dumpil,Putatan :-)


Bersama KRU Putatan sempena Qiamullail Perdana Disember 2013 dengan Temanya
"Sahabat Till Jannah"


Bersama KRU Putatan sempena Rehlah yang diadakan di Kg.Babagon,Penampang :-)


"Ukhuwwah ibarat perahu yang gagah. Jika kita kayuh perahu tersebut bersama , pasti kita mampu melawan aliran sungai ataupun tasik yang deras."


Bersama Pengerusi baru KRU Putatan 13/14 (Baju Kuning), sewaktu permainan perang-perang sempena Rehlah.

  Saya rasa bersyukur kerana Allah pertemukan saya dengan mereka. Jika saya tidak mengenali mereka , mungkin saya masih terus di landasan yang salah. Saya berasa bersyukur dan sangat-sangat gembira . Inilah yang dikatakan "Halawatul Iman" atau dalam Bahasa Melayunya ialah Kemanisan Iman. Salah satu cara untuk mendapatkan kemanisan adalah "Bertemu dan berpisah kerana Allah." Terdapat 7 golongan yang mendapat naungan Arasy Allah di Akhirat kelak dan salah satu daripadanya ialah  "Bertemu dan berpisah kerana Allah." Allahu , moga Allah kuatkan iman kita agar terus berdiri tegak di landasan dakwah yang kita hadapi ini :-)

- 30 Disember 13M / 27 Safar 1435H -

Syukran Jazilan kerana membaca

Saturday, 9 November 2013

Kembali lagi

   Rasanya dah lama Program Qiamullail Perdana ini tak diadakan, kan kan kan ? Hampir 3 bulan tak diadakan program macam ni heheheh. Kini Qiamullail Perdana kembali lagi . Kali ini Qiamullail Perdana akan diadakan di Masjid Daerah Putatan pada 16,17 November 2013! Program ini dianjurkan oleh Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) cawangan Putatan dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah . Antara aktiviti yang menarik yang diadakan pada program tersebut adalah:
  • Happy Circle
  • Modul Menarik
  • Qiamullail & Munajat
  • Cergas & Cerdas
  • Sembang Ilmiah
  Alhamdulillah program kali ini diadakan pada musim persekolahan . Jadi apa tunggu lagi? Segera daftarkan nama anda untuk menyertai kami disana . Tidak rugi datang majlis ilmu , disamping kita merapatkan ukhuwwah (persaudaraan) sesama saudara seagama. Jumpa anda di sana ya :)


 Oh ya , ada yuran hehehe . Yuran itu bertujuan untuk menaggung segala makan minum sahabat-sahabat semua . Murah je 5 hengget hehehe . Jom ^^


Syukran Jazilan kerana membaca

Friday, 12 July 2013

Indahnya Ukhuwwah Fillah

Disebabkan nilainya,emas dijaga dan dipelihara dengan bersungguh-sungguh. Begitulah sepatutnya persaudaraan.

Ukhuwwah Fillah itu agung dan mahal harganya. Maka kita hendaklah sentiasa menjaga dan berusaha sepenuhnya agar anugerah dan tuntutan Allah itu sentiasa terpelihara dalam kehidupan. Mudah-mudahan rohnya menjalar dalam tindak tanduk sehari-hari setiap Muslim.
Gambar sekadar hiasan

Hanya Kerana Cinta
  Dikisahkan berlaku satu dialog antara seorang manusia dengan Malaikat yang bertukar rupa kepada seorang lelaki.Malaikat bertanya: "Kamu hendak ke mana?"
Lelaki tersebut menjawab: "Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini."
  "Kamu ada sebarang hajat atau kepentingan?"
"Tidak. Hanya kerana aku mencintainya kerana Allah."
  Kemudian malaikat berkata: "Sesungguhnya aku utusan yang diutuskan Allah kepadamu untuk menyatakanbahawa Allah menyayangimu sebagaimana kamu mencintai sahabatmu kerana-Nya" (Riwayat Muslim)
Rasulullah menegaskan: "Janganlah kamu saling berdengki,menipu,memarahi dan memutuskan hubungan. Dan janganlah kamu menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain.Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim ialah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya,mengabaikannya,menipu mahupun menghinanya. Takwa itu di sini (sambil menunjuk ke dada Baginda sebanyak tiga kali).Cukuplah seorang Muslim dikira jelik dengan menghina saudara Muslimnya. Sesama Muslim itu haram darah,harta dan maruahnya" (Riwayat Muslim)

Jihad Mengembalikan Ukhuwwah
Menghidupkan roh mahabbah dalam jiwa umat pada hari ini merupakan satu kefarduan.Hal ini memandangkan ukhuwwah semakin luntur daripada diri masyarakat Islam kini. Realiti ini hakikatnya musibah. Peluang ke syurga semakin mengecil.
Rasulullah menjelaskan: "Demi jiwa dalam kekuasaan-Nya,kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Kamu tidak dikira benar-benar beriman sehingga kamu berkasih sayang .Mahukah kamu aku tunjukkan satu amalan yang jika kamu amalkannya,maka kamu akan berkasih sayang? Sebarkan salam antara kamu." (Riwayat Muslim)
Ucapkanlah salam kepada saudara kita seikhlas dan setulus perasaan. Bukan sekadar seperti melepaskan batok ditangga sahaja. Barulah perasaan ukhuwwah dan kasih sayang subur dan tersebar.





Syukran Jazilan kerana membaca

Monday, 3 June 2013

Gaze

                                             
  Alhamdulillah , tergerak hati untuk berkongsi maklumat kepada antum-antum sekalian. Apa yang baik harus dikongsi bersama . Aku rasa inilah ujian yang paling mantap ataupun paling hebat yang selalu aku alami . Ianya dipanggila "Pandangan" . Sering kali kita mendengar kata-kata orang "tundukkan pandangan" . Ada apa dengan pandangan ? Kenapa harus menundukkan pandangan ? Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 30-31 yang bermaksud:


" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. "

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

  Dengan menundukkan pandangan mata , kita dapat memelihara kehormatan diri kita serta dapat mengelak daripada memandang apa yang haram. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

"Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis, siapa yang meninggalkannya karena takut kepadaKu maka akan Aku gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya" - (HR ath-Thabrani dan al-Hakim)

  Jika kita tidak menundukkan pandangan kita , kita akan mudah terjebak dengan maksiat . Apabila nafsu menguasai diri dan maksiat mula berleluasa didalam diri , sukar untuk kita membersihkan hati yang telah kotor itu dan melakukan maksiat dianggap perkara biasa . Nauzubillahi min zalik,muhasabah .


Syukran Jazilan kerana membaca

Sunday, 2 June 2013

Sekadar ingatan



 Aku adalah aku. Aku adalah diri aku sendiri . Masing-masing mempunyai matlamat didunia ini . Kita dilahirkan didunia ini dengan bersebab bukan untuk suka-suka . Allah tidak jadikan manusia itu dengan sia-sia . Ketahuilah wahai sahabat , manusia adalah sebaik-baik kejadian.

  Aku mempunyai impian . Impian aku adalah untuk mencari keredhaan Ilahi (_Mardhatillah_) kerana dengan Mardhatillah hidup kita akan bahagia dan terasa dekat dengan Rabbul-Alamin . SubhanAllah , aku memang hormat kepada orang yang berjaya memperoleh Mardhatillah dariNya . Aku tidak seperti mereka yang selalu sabar , kuat menghadapi ujian dariNya . Aku selalu tewas dengan nafsu dengan keinginan sendiri . Kerana aku tidaklah sebaik mereka . Tetapi itu bukan pengakhiran bagiku untuk terus mengalah . Aku yakin aku boleh kembali bangkit.

 Setiap manusia didunia ini tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan juga dosa . Aku ini hanya insan biasa , hanya ahli maksiat. Aku tidaklah bersifat ma'sum (Terpelihara daripada dosa) kerana ma'sum hanya ada pada nabi-nabi dan juga para rasul. Ketahuilah manusia diciptakan dengan lemah. Allah telah berfirman dalam Surah An-Nisa ayat 28 :

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah." - (4:28)

  Allah tahu yang aku merupakan hamba yang lemah , yang selalu tewas. Tapi aku tidak akan berputus asa untuk bangkit kembali serta mendapatkan keredhaanNya . Aku akan cuba sedaya upaya melawan hawa nafsu aku sendiri kerana itulah jihad yang terbesar buat diriku . Hawa nafsu adalah musuh ketat bagi manusia. Ketahuilah wahai sahabat sekalian , memerangi hawa nafsu adalah jihad terbesar buat diri kita sendiri. Kata-kata ini saya petik daripada laman sosial (Twitter)
 
"Siapa yg kalah pada nafsu akan kehilangan cahaya keimanan dalam dirinya. Siapa yg kalah dgn nikmat dunia akan kehilangan kebahagiaan akhirat" 

Cuba kita ambil seminit dua untuk sama-sama merenung kembali kata-kata diatas . Manusia yang kalah pada nafsu akan kehilangan cahaya keimanan dalam dirinya. Allahurabbi , apa yang dikatakan memang benar. Saya sendiri pernah mengalaminya . Tetapi Habib Ali Al-Jufri pernah mengatakan :

"Remaja fitrahnya akan kembali kepada Allah jika dia telah melakukan dosa dan juga kesilapan . Berdoalah kepada Allah agar dijauhkan maksiat."

"Jika Allah tidak mencintai kamu, Dia tidak akan campakan ke dalam hati kamu satu perasaan kepedihan."

 Oleh itu , janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah . Kita sebagai manusia harus saling mengingati kerana berpesan mengingati itu dituntut dalam agama . Apa guna kita menjadi manusia kalau tidak saling nasihat menasihati ? Tepuk dada tanya iman. 

  "Sesungguhnya apabila aku bersujud kepadaMu , aku merasakan diriku dekat denganMu wahai Rabb tetapi jika aku tidak bersujud kepadaMu , aku merasakan diriku jauh dariMu . Ya Allah , jagalah hatiku untukku agar aku tidak lalai dan alpa daripada mengingatiMu." berdoalah dengan ayat kamu sendiri dalam pelbagai bahasa kerana Allah itu Maha Mendengar doa daripada hamba-hambanya. 

Wallahualam.......




Syukran Jazilan kerana membaca

Tuesday, 26 March 2013

Pemergian Ulama menjadi tanda tanya buat kita....

Bismillahhirahmanirrahim.......

  Siapakah mereka ini ? Mereka adalah ulama yang tersohor yang dikenali oleh para tokoh ilmuan Islam tapi kita tidak mengenali mereka.

1.Syeikh Ramadhan al Bouti (Ulama besar Syria yang juga mujtahid)
2.Syeikh Muhammad Abdullah (ketua Dewan Ulama PAS Kedah)
3.Syeikh Uthman el Muhammady (Ulama besar Malaysia)

  Zaman telah moden , semakin ramai cendekiawan Islam yang telah dipanggil Allah Subhana Wa Ta'ala . Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Bukhari)

   Allahurabbi , tandanya semakin hampir... Adakah amalan kita mencukupi ? Adakah kita sedia untuk menghadapi semua ini ? Ia telah mengejutkan saya. Dalam sehari itu , boleh dikatakan tiga utama sekaligus telah dijemput oleh Ilahi . Jika tiada ulama di dunia ini , ilmu bakal diangkat ke langit dan berlakulah kehuru-haraan di dunia ini. Wahai Muslimin dan Muslimat sekalian , sama-samalah kita berdoa agar kita tidak di uji dengan kematian ulama secara sekaligus . Wallahualam

Syukran Jazilan kerana membaca

Sunday, 20 January 2013

Qiamullail Perdana bertemakan "Demimu Rasulullah"

        Alhamdulillah kali ini Qiamullail yang saya sertai banyak memberi manfaat kepada saya lebih2 lagi temanya yang bertajuk "Demimu Rasulullah" yang di adakan di SMK Tansau (sekolah yang saya duduki sekarang) . Apabila tema ini dikaitkan dengan Rasulullah S.A.W , maka banyak la yang perlu kita ketahui tentang kekasih Allah ini . Qiam ini dilakukan untuk meningkatkan lagi rasa kecintaan kita kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W

1. Bagaimanakah kita ingin menunjukkan rasa cinta kita kepada Rasulullah ?
= Dengan mengamalkan sunnah-sunnah baginda , banyakkan berselawat dan cuba contohi sifat2 baginda yang mulia .

2. Apa yang sering dirisaukan oleh baginda Rasulullah S.a.w ?
= Umat , umat dan umat! Baginda amat risau dan rindukan kita semua . Ya Allah , betapa sayang dan kasihnya baginda kepada kita semua . Tetapi adakah kita rindukan Rasulullah ? Adakah kita buat apa yang diperintahkan oleh Allah S.w.t jika kita sayang dan kasih kepada Rasulullah ? "Tepuk dada tanya IMAN"

3. Kita patut jadikan baginda sebagai rol-model kita bukannya artis-artis diluar sana . Kenapa ? Sebab Rasulullah merupakan rol-model yang terbaik yang patut kita contohi . Contohi dan ikutilah sifat sabar baginda yang begitu mulia. Ya Allah , Rasulullah bersabar sewaktu menjalankan tugas beliau mendakwah dan menyebarkan Agama Islam di seluruh pelusuk Tanah Arab

       Kesimpulannya , perbanyakkanlah selawat kepada Rasulullah S.a.w dan ikutlah sunnah-sunnah baginda . Tidak rugi sesaat,seminit,sejam,setahun pun , malah Allah akan balas selawat kita itu sebanyak 10 kali . Betapa hebatnya umat Muhammad S.a.w :') I'm so proud to be a Muslim and be a part of Muhammad ummah.




Syukran Jazilan kerana membaca