Sunday 2 June 2013

Sekadar ingatan



 Aku adalah aku. Aku adalah diri aku sendiri . Masing-masing mempunyai matlamat didunia ini . Kita dilahirkan didunia ini dengan bersebab bukan untuk suka-suka . Allah tidak jadikan manusia itu dengan sia-sia . Ketahuilah wahai sahabat , manusia adalah sebaik-baik kejadian.

  Aku mempunyai impian . Impian aku adalah untuk mencari keredhaan Ilahi (_Mardhatillah_) kerana dengan Mardhatillah hidup kita akan bahagia dan terasa dekat dengan Rabbul-Alamin . SubhanAllah , aku memang hormat kepada orang yang berjaya memperoleh Mardhatillah dariNya . Aku tidak seperti mereka yang selalu sabar , kuat menghadapi ujian dariNya . Aku selalu tewas dengan nafsu dengan keinginan sendiri . Kerana aku tidaklah sebaik mereka . Tetapi itu bukan pengakhiran bagiku untuk terus mengalah . Aku yakin aku boleh kembali bangkit.

 Setiap manusia didunia ini tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan juga dosa . Aku ini hanya insan biasa , hanya ahli maksiat. Aku tidaklah bersifat ma'sum (Terpelihara daripada dosa) kerana ma'sum hanya ada pada nabi-nabi dan juga para rasul. Ketahuilah manusia diciptakan dengan lemah. Allah telah berfirman dalam Surah An-Nisa ayat 28 :

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah." - (4:28)

  Allah tahu yang aku merupakan hamba yang lemah , yang selalu tewas. Tapi aku tidak akan berputus asa untuk bangkit kembali serta mendapatkan keredhaanNya . Aku akan cuba sedaya upaya melawan hawa nafsu aku sendiri kerana itulah jihad yang terbesar buat diriku . Hawa nafsu adalah musuh ketat bagi manusia. Ketahuilah wahai sahabat sekalian , memerangi hawa nafsu adalah jihad terbesar buat diri kita sendiri. Kata-kata ini saya petik daripada laman sosial (Twitter)
 
"Siapa yg kalah pada nafsu akan kehilangan cahaya keimanan dalam dirinya. Siapa yg kalah dgn nikmat dunia akan kehilangan kebahagiaan akhirat" 

Cuba kita ambil seminit dua untuk sama-sama merenung kembali kata-kata diatas . Manusia yang kalah pada nafsu akan kehilangan cahaya keimanan dalam dirinya. Allahurabbi , apa yang dikatakan memang benar. Saya sendiri pernah mengalaminya . Tetapi Habib Ali Al-Jufri pernah mengatakan :

"Remaja fitrahnya akan kembali kepada Allah jika dia telah melakukan dosa dan juga kesilapan . Berdoalah kepada Allah agar dijauhkan maksiat."

"Jika Allah tidak mencintai kamu, Dia tidak akan campakan ke dalam hati kamu satu perasaan kepedihan."

 Oleh itu , janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah . Kita sebagai manusia harus saling mengingati kerana berpesan mengingati itu dituntut dalam agama . Apa guna kita menjadi manusia kalau tidak saling nasihat menasihati ? Tepuk dada tanya iman. 

  "Sesungguhnya apabila aku bersujud kepadaMu , aku merasakan diriku dekat denganMu wahai Rabb tetapi jika aku tidak bersujud kepadaMu , aku merasakan diriku jauh dariMu . Ya Allah , jagalah hatiku untukku agar aku tidak lalai dan alpa daripada mengingatiMu." berdoalah dengan ayat kamu sendiri dalam pelbagai bahasa kerana Allah itu Maha Mendengar doa daripada hamba-hambanya. 

Wallahualam.......




Syukran Jazilan kerana membaca

No comments:

Post a Comment