Saturday, 9 February 2013

Impian ke Mesir

                                             بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
                                      اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


        Kini aku kembali untuk mencoret blog yang semakin usang ini . Alhamdulillah , dapat bercuti dirumah sempena perayaan Tahun Baru Cina . Gong Xi Fa Cai kepada kaum Cina diluar sana dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang mendapat cuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina . Kepada sekolah yang bercuti sampai hari selasa tu , La Tahzan hehe .

        Aku mempunyai impian yang begitu tinggi . Salah satunya aku ingin melanjutkan pelajaranku ke Kaherah,Mesir iaitu ke Universiti Al-Azhar . Mesir , bumi Nabi Musa A.s tempat para ulama dan sebagainya . Tempat dimana aku bakal menaik tarafkan lagi penguasaan Bahasa Arab . Memang aku telah set di minda awal-awal untuk ke sana suatu hari nanti , insyaAllah . Aku cuba sedaya upaya untuk belajar bersungguh-sungguh agar boleh melanjutkan pelajaran ke sana . Mungkin naluri seorang pelajar yang sukakan Agama dan Bahasa Arab akan ke Universiti tersebut .

        Kebiasannya pelajar yang ke sini menyambung pelajaran mereka sehingga ke Tingkatan 6 ataupun menyambung bahagian Qiraat jika sebelum ini menyambung pelajaran ke Maahad Tahfiz Al-Quran . Aku pun telah setkan di minda , Selepas SPM, Aku bakal sambung pelajaran ke Maahad Tahfiz kemudian ke Al-Azhar . Tapi aku tak mengharapkan sangat . Semuanya bergantung kepada usaha aku sendiri . Dengan berkat usaha,doa dan tawakal aku pasti ke sana insyaAllah .



Masjid Al-Azhar,Kaherah,Mesir.

Logo Universiti Al-Azhar,Mesir

Syukran Jazilan kerana membaca

No comments:

Post a Comment