Sunday, 8 July 2012

Cinta ? Biar aku jelaskan apa yang aku rasakan sekarang

Cinta ?
Itu fitrah . Sifat semula jadi . Semua orang pasti dapat merasakan cinta dalam diri mereka masing-masing . Cinta kepada Allah,Rasulullah,Keluarga,Kawan-kawan dan seorang insan yang istimewa dan aku memilih seorang insan yang istimewa .

 Hari ini , aku dapat merasakan cinta yang datang dalam hati ini aku tujukan kepada seseorang . Biarlah rahsia :p
Tapi tapi , Cinta pun ada batasnya . If tdk redha dengan syarat-syarat dan batas yang diberikan ? Seharusnya kita nikah lah dengan segera . Kenapa ? Mengelakkan dosa yang berterusan dan inilah yang apa aku fikirkan . Mama dan bapa aku tidak kesah aku kahwin sekarang , tapi aku tidak mempunyai duit untuk menyara bakal pasangan yang hidup bersama aku di hari yang kelak . Setiap hari aku berdoa agar dialah jodohku yang sebenar , jika Allah melimpahkan rezeki yang banyak kepadaku,sudah pasti aku bakal merisik dan menikahi si Dia . Tapi , apakan daya tidak mempunyai rezeki yang cukup untuk menikahinya buat masa sekarang . InsyaAllah 8 Tahun akan datang , aku sudah rancang . Mudah-mudahan Allah izinkan , lepas sahaja aku balik mungkin dari Universiti Al-Azhar ataupun Universiti Islam Antarabangsa , aku akan merisik dan terus menikahinya . Ini yang aku rancang , aku bakal melafazkan "Aku Terima Nikahnya" dihadapan orang ramai yang merupakan saksi pada kejadian tersebut . Memang perasaan cinta dan sayang tidak boleh dihalang tapi berpada-pada lah . Cinta biar mengikut syariat Islam , tidak melanggar batas pergaulan Islam , nanti Allah murka . Kini aku sedar selama aku masuk alam percintaan , aku telah melanggar batas-batas dan sebagainya .

 Kahwin awal tidak salah , ada kelebihan dan ada keburukannya . Aku tidak mahu dibelenggu dengan dosa , so aku ingin nikahinya . Ustaz sendiri nasihat , bercinta itu harus tetapi bercouple itu haram . HAHAHA that's why aku mungkin tidak berCouple buat sementara waktu tetapi hanya berkawan tetapi bercinta :p okay that's all . Assalamualaikum w.b.t

Syukran Jazilan kerana membaca

No comments:

Post a Comment