Sunday, 8 July 2012
Qiamullail Perdana | 7-8 Julai 2012! Alhamdulillah Terbaik!
Assalamualaikum readers , hai . Semalam bersamaan 7 Julai 2012 aku bermalam di Masjid Negeri Sabah kerana ada program Qiamullail Perdana khas untuk Remaja sekolah seperti aku . J-yeaaahhh! Awesome event . Dalam program tu , banyak yang aku telah dapati . Aku seperti rasakan ada keinsafan dan kesedaran dalam diri,persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan yang dirindui dan Muhasabah diri dalam kumpulan masing2 . Ya Allah , mengalir air mata aku sewaktu slot muhasabah diri . Sesungguhnya selama ini aku menjadi lalai dalam hidup dan Allah telah memilih aku untuk ke program tersebut dan alhamdulillah dilimpahkan hidayah dari Allah S.w.t . Aku melakukan solat sunat Tahajud,Taubat dan Witir sewaktu Qiamullail . Ya Allah , aku dapat merasakan betapa kecilnya aku ini sebagai seorang insan ataupun manusia yang lemah di Bumi Allah ini . Oh ya , if bab makan , kami dalam kumpulan akan diberi dulang besar dan makan bersama-sama sahabat yang berada dalam kumpulan tersebut . Sungguh indah dan meriah! Aku harap program seperti ini akan terus dibuat dimana-mana tempat sahaja especially SANZAC! Aku ingin program tersebut dibuat di Sanzac agar kawan-kawanku dapat merasakan apa yang telah aku rasa sewaktu berada dalam program tersebut :'3
Syukran Jazilan kerana membaca
Labels:
StoryLife
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment