Sunday, 5 May 2013

Perkara yang selalu bermain di minda

 So hey all , Assalamualaikum wbt! Happy voting everyone! I hope you all will choose the new right LEADER for Malaysia! Takbir,Allahuakbar! Ini kalilah :)

 So I was shocked jugalah , secara tiba-tiba Mama tanya pasal "girlfriends" , lol . Saya tidak hairan tu sebenarnya tapi mama jarang bertanyakan soalan tentang girlfriend segala ni . Hmm , tanda tanya berada di minda buat seketika.... Apa yang membuatkan mama tanya tentang girlfriend adalah berpunca daripada wallpaper telefon saya yang bergambarkan bayi . Kemudian mama pun berkata...

Mama : Gambar baby siapa lagi ni dalam telefon Amin ni ?

Saya : Hahh , baby orang ba tu ma,hehehehe *ketawa sopan*

Mama : Fikirkan baby girlfriend Amin *mama tergelak sinis*

Saya : Eh ? Nda adalah ma , Amin mana ada girlfriend lagi .

Mama : Aik ? Nda ada girlfriend ? Kenapa ? Yang dulu tu ?

Saya : Tiadalah ma , malas Amin hahaha

Mama : *Terhibur dengan kata2* oh , baguslah tu . Ngamlah , belajar dulu kan ?

Saya   : Ya ma hehe , nanti Amin cari di Mesir lah girlfriend ni , yang satu negara dengan Amin *:p

Mama : Wah , Mesir ? Okeylah tu , jangan ja cari perempuan Palestin *terkejut sedikit*

Saya   : Kenapa ma ? *Tiada respon , lalu mama pun pergi kedapur menyediakan sarapan*

   Mama juga sering bertanyakan soalan kepada saya "Kau mau kahwin min ?"
Apabila mama mengajukan soalan itu kepada saya , hati saya terus berbunga-bunga . Lantar saya pun menjawab "ya ma , tunggulah nanti waktu di Mesir , Amin mau kahwin di sana" Hahaha malar Mesir , biasalah *Angan-angan tinggi*

   Sebenarnya , saya teringin nak kahwin di usia MUDA , mungkin umur dan duit jadi penghalang kerana saya takut saya tak dapat nak biayai future Zaujah saya . Tapi saya nekad saya tak nak bercouple , boleh bercouple tapi lafaz akad Nikah itu wajib dilafazkan terlebih dahulu barulah saya bercouple dengan officialnya . Ini kerana saya sudah nekad , kerana Couple tidak akan membawa kepada kebahagiaan . Saya tahu jalan penyelesaiannya adalah dengan bernikah dengan bakal Zaujah . Dengan petunjuk dan hidayah yang Allah berikan , saya harap saya boleh berusaha tentang jodoh saya insyaAllah .

   Melihat pasangan-pasangan di Twitter yang sudah bernikah/berkahwin membuatkan saya rasa sedikit cemburu *ha ha ha* dahlah sweet , nak buat apa-apa pun konfim dapat pahala , betul tak ? Kerana yang haram itu telah menjadi Halal .Serius , geram tengok haha lagi-lagi yang dah ada Baby tu . Ahhh! Beruntunglah mereka . InsyaAllah , satu hari nanti saya bakal nikah di usia yang muda sama seperti mereka . Dengan cara ini , masalah saya mungkin akan selesai ,Wallahualam :)

Syukran Jazilan kerana membaca

Tuesday, 26 March 2013

Pemergian Ulama menjadi tanda tanya buat kita....

Bismillahhirahmanirrahim.......

  Siapakah mereka ini ? Mereka adalah ulama yang tersohor yang dikenali oleh para tokoh ilmuan Islam tapi kita tidak mengenali mereka.

1.Syeikh Ramadhan al Bouti (Ulama besar Syria yang juga mujtahid)
2.Syeikh Muhammad Abdullah (ketua Dewan Ulama PAS Kedah)
3.Syeikh Uthman el Muhammady (Ulama besar Malaysia)

  Zaman telah moden , semakin ramai cendekiawan Islam yang telah dipanggil Allah Subhana Wa Ta'ala . Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Bukhari)

   Allahurabbi , tandanya semakin hampir... Adakah amalan kita mencukupi ? Adakah kita sedia untuk menghadapi semua ini ? Ia telah mengejutkan saya. Dalam sehari itu , boleh dikatakan tiga utama sekaligus telah dijemput oleh Ilahi . Jika tiada ulama di dunia ini , ilmu bakal diangkat ke langit dan berlakulah kehuru-haraan di dunia ini. Wahai Muslimin dan Muslimat sekalian , sama-samalah kita berdoa agar kita tidak di uji dengan kematian ulama secara sekaligus . Wallahualam

Syukran Jazilan kerana membaca

Saturday, 9 February 2013

Impian ke Mesir

                                             بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
                                      اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


        Kini aku kembali untuk mencoret blog yang semakin usang ini . Alhamdulillah , dapat bercuti dirumah sempena perayaan Tahun Baru Cina . Gong Xi Fa Cai kepada kaum Cina diluar sana dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang mendapat cuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina . Kepada sekolah yang bercuti sampai hari selasa tu , La Tahzan hehe .

        Aku mempunyai impian yang begitu tinggi . Salah satunya aku ingin melanjutkan pelajaranku ke Kaherah,Mesir iaitu ke Universiti Al-Azhar . Mesir , bumi Nabi Musa A.s tempat para ulama dan sebagainya . Tempat dimana aku bakal menaik tarafkan lagi penguasaan Bahasa Arab . Memang aku telah set di minda awal-awal untuk ke sana suatu hari nanti , insyaAllah . Aku cuba sedaya upaya untuk belajar bersungguh-sungguh agar boleh melanjutkan pelajaran ke sana . Mungkin naluri seorang pelajar yang sukakan Agama dan Bahasa Arab akan ke Universiti tersebut .

        Kebiasannya pelajar yang ke sini menyambung pelajaran mereka sehingga ke Tingkatan 6 ataupun menyambung bahagian Qiraat jika sebelum ini menyambung pelajaran ke Maahad Tahfiz Al-Quran . Aku pun telah setkan di minda , Selepas SPM, Aku bakal sambung pelajaran ke Maahad Tahfiz kemudian ke Al-Azhar . Tapi aku tak mengharapkan sangat . Semuanya bergantung kepada usaha aku sendiri . Dengan berkat usaha,doa dan tawakal aku pasti ke sana insyaAllah .



Masjid Al-Azhar,Kaherah,Mesir.

Logo Universiti Al-Azhar,Mesir

Syukran Jazilan kerana membaca

Tuesday, 5 February 2013

Nafsu dan aku

                                                بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
                                          اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    Nafsu . Mengapa nafsu sangat besar ? Mengapa kita boleh tewas pada nafsu ? Mengapa wahai sahabat-sahabatku ? Mengapakah ? Apabila nafsu dan syaitan telah bergabung , maka susahlah bagi kita untuk menghalangnya kecuali mereka yang kental keIMANannya .Aku jujur , aku juga mudah tewas dengan hawa nafsuku sendiri . Besarnya tanggungjawab kita untuk melawan hawa nafsu yang serakah ini sebagai seorang manusia . Hanya orang yang kental keimanannya sahaja yang dapat tewaskan hawa nafsu sendiri . 

     Bila difikirkan semula , kerdil sahaja diri kita ini di muka Allah SubhanahuWaTa'ala . Ya Allah , kenapa aku mudah tewas dengan nafsu . Aku memohon agar Iman ku ditetapkan di paras yang tinggi tetapi aku tewas sewaktu menghadapi ujian-Mu Ya Rabbul Izzati . Aku telah dihasut oleh Syaitan dan bergabung dengan nafsu . Seolah-olah aku dikawal dengan keseronokan yang melalaikan daripada mengingati-Mu . 


      Aku hanya mampu berdoa , doa dan teruskan berdoa agar keimananku dikekalkan tetapi aku haruslah
menghadapi ujianNya yang boleh meningkatkan keimananku . Mungkin dengan cara mendekati-Mu aku boleh melawan nafsu yang begitu menggoda diriku sehinggakan aku lalai dan alpa daripada mengingatimu wahai Rabbul Izzati :')
     

Syukran Jazilan kerana membaca

Friday, 1 February 2013

Weekends

                                           بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
                                   اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hujung minggu... 

Syukurlah dapat berehat selama 2 hari cuti . Dapat siapkan kerja sekolah yang berlambak bagai nak rak -_- seperti biasa online , main FIFA 13 dan tengok bola tak akan terlepas pada hujung minggu . Kehkehkeh , dah kira macam rutin mingguan saya dan tak lupa juga untuk update blog yang semakin lama semakin berhabuk .

   Biasanya hujung minggu , kita akan ada masa bersama keluarga kesayangan kita . Kan seronok kumpul bersama-sama keluarga tercinta . Boleh luangkan masa bersama mereka dengan beriadah , jalan-jalan dan sebagainya . Cewah macam karangan la pula... Saya doakan korang kat sana sihat-sihat belaka . Enjoy your weekend ya akhi wa ukhti :)



Syukran Jazilan kerana membaca

Wednesday, 23 January 2013

Hari Ini

 Salam Maulidur Rasul kepada semuanya . Alhamdulillah , Rasulullah tetap menjadi idola kita . Baginda merupakan contoh yang terbaik buat umat akhir zaman . Kita haruslah mengamalkan sunnahnya dan berselawat kepadanya . Tak rugi pun selawat ni , ada baiknya . Allah akan balas 10 kali jika kita berselawat sekali . Allahuakhbar , hebatnya berselawat :')


Alhamdulillah juga , akhirnya saya telah memiliki buku yang saya idamkan selama ini yang bertajuk "Sebelum Aku Bernikah" karya Hilal Asyraf . Tajuk dah menarik , isi di dalam lagi la menarik hehe . Best , panduan kepada orang yang ingin bernikah . Novel (mungkin) tersebut mengisahkan perjalanan Hilal Asyraf  yang mengalami alam percintaan . Ala , tak nak gitau lebih nanti tak best :d kalau nak tahu lebih lanjut beli la sendiri hehe . Semenanjung Malaysia hanya RM20.00 tapi di Sabah/Sarawak hanya RM23.00


Berusaha Mencapai Mampu "Sebelum Aku Bernikah" - Karya Hilal Asyraf



Syukran Jazilan kerana membaca

Sunday, 20 January 2013

Qiamullail Perdana bertemakan "Demimu Rasulullah"

        Alhamdulillah kali ini Qiamullail yang saya sertai banyak memberi manfaat kepada saya lebih2 lagi temanya yang bertajuk "Demimu Rasulullah" yang di adakan di SMK Tansau (sekolah yang saya duduki sekarang) . Apabila tema ini dikaitkan dengan Rasulullah S.A.W , maka banyak la yang perlu kita ketahui tentang kekasih Allah ini . Qiam ini dilakukan untuk meningkatkan lagi rasa kecintaan kita kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W

1. Bagaimanakah kita ingin menunjukkan rasa cinta kita kepada Rasulullah ?
= Dengan mengamalkan sunnah-sunnah baginda , banyakkan berselawat dan cuba contohi sifat2 baginda yang mulia .

2. Apa yang sering dirisaukan oleh baginda Rasulullah S.a.w ?
= Umat , umat dan umat! Baginda amat risau dan rindukan kita semua . Ya Allah , betapa sayang dan kasihnya baginda kepada kita semua . Tetapi adakah kita rindukan Rasulullah ? Adakah kita buat apa yang diperintahkan oleh Allah S.w.t jika kita sayang dan kasih kepada Rasulullah ? "Tepuk dada tanya IMAN"

3. Kita patut jadikan baginda sebagai rol-model kita bukannya artis-artis diluar sana . Kenapa ? Sebab Rasulullah merupakan rol-model yang terbaik yang patut kita contohi . Contohi dan ikutilah sifat sabar baginda yang begitu mulia. Ya Allah , Rasulullah bersabar sewaktu menjalankan tugas beliau mendakwah dan menyebarkan Agama Islam di seluruh pelusuk Tanah Arab

       Kesimpulannya , perbanyakkanlah selawat kepada Rasulullah S.a.w dan ikutlah sunnah-sunnah baginda . Tidak rugi sesaat,seminit,sejam,setahun pun , malah Allah akan balas selawat kita itu sebanyak 10 kali . Betapa hebatnya umat Muhammad S.a.w :') I'm so proud to be a Muslim and be a part of Muhammad ummah.




Syukran Jazilan kerana membaca